suria

Sukan Sea: Phillipa Raih Emas Pertama Dalam Acara Luncur Air

PALEMBANG: Peserta luncur air kebangsaan Phillipa Yoong-Bayli memperoleh emas pertama untuk Malaysia dalam acara luncur air di Tasek Jakabaring di sini, Khamis.

Phillipa, 33, menewaskan peserta Singapura Sasha Christian dalam tie break, di mana beliau memperoleh 1.00 buoy dengan menggunakan tali sepanjang 13m, sementara Sasha melakukan 1.00 buoy dengan 14.25m tali panjang.

Mereka kedua-dua melepasi 3.00 buoy dalam masa 55 batu sejam menggunakan tali sepanjang 16m dalam pusingan akhir, sementara Thoyibhatus Ummu Sholika dari Indonesia mendapat gangsa dengan melepasi 2.00 buoy menggunakan kelajuan dan tali yang sama panjang.

“Saya agak gementar dan tertekan sebelum pertandingan kerana sasaran pingat emas disasarkan kepada saya.

“Saya juga tahu peserta lain sangat bagus khasnya peluncur dari Singapura dan Indonesia, jadi saya sangat gembira dan pastikan saya menang pingat emas,” kata Phillipa selepas pertandingan.

Phillipa berkata dengan memenangi emas, beliau berharap lebih banyak lagi penaja akan menaja skuad luncur air kebangsaan.

“Kita perlukan banyak dana untuk menyertai lebih banyak pertandingan, dan untuk program pembangunan. Saya juga harap lebih ramai ibu bapa rakyat Malaysia menggalakkan anak mereka menyertai sukan luncur air,” katanya.

Sementara itu, dalam acara lelaki slalom, Alexander Yoong dari Malaysia memenangi perak dengan melepasi 4.00 buoy dengan tali sepanjang 14.25m.

Pingat emas dimenangi peserta Indonesia Daud Wangka Fath yang melakukan 1.50 buoy menggunakan 13m tali panjang, sementara rakan senegaranya Indra Hardinata mendapat gangsa dengan melepasi 3.00 buoy menggunakan 14.25m tali panjang.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain