suria

Murray-Djokovic Berentap Dalam Satu Kumpulan

ANDY Murray bakal bertemu Novak Djokovic pada Jelajah Dunia Akhir ATP selepas majlis undian di London, Rabu.

Majlis undian itu menyaksikan perlawanan akan berlangsung dalam pusingan round-robin dengan setiap pemain dibahagikan kepada dua kumpulan, dan dua pemain teratas setiap kumpulan akan beraksi pada pusingan separuh akhir.

Pemain kelahiran Scotland itu turut bertemu Tomas Berdych (Czech) dan pemain Sepanyol, David Ferrer dalam Kumpulan A.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Djokovic dijangka kembali cergas selepas menarik diri pada kejohanan di Paris baru-baru ini kerana mengalami kecederaan di bahu.

Bagi Kumpulan B pula, Rafael Nadal diundi bersama Roger Federar, Jo-Wilfried Tsonga dan Mardy Fish.

“Saya bersedia menghadapi cabaran ini walaupun ia kelihatan agak sengit. Semua pemain boleh mengalahkan pemain lagi,” katanya.

Perlawanan akan bermula pada Ahad ini dengan dua aksi setiap hari sehingga pusingan akhir akan berlangsung pada 27 November ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain