suria

Capello Ubah Strategi Aksi Menentang Sweden

Capello (kanan) bakal menggunakan resepi berbeza menjelang perlawanan persahabatan bertemu Sweden awal pagi Rabu. Turut kelihatan ialah kapten pasukan, Terry.
Capello (kanan) bakal menggunakan resepi berbeza menjelang perlawanan persahabatan bertemu Sweden awal pagi Rabu. Turut kelihatan ialah kapten pasukan, Terry.
Capello (kanan) bakal menggunakan resepi berbeza menjelang perlawanan persahabatan bertemu Sweden awal pagi Rabu. Turut kelihatan ialah kapten pasukan, Terry.

PENGURUS England, Fabio Capello melakukan lapan pertukaran pada perlawanan persahabatan menentang Sepanyol Ahad lalu dan akan turut melakukan perkara sama menjelang pertemuan dengan Sweden di Stadium Wembley, awal pagi Rabu.

“Akan ada lapan pemain baru. Dua perlawanan ini adalah berbeza tetapi prestasi dan pengalaman pemain adalah penting dalam meningkatkan lagi corak permainan untuk dua perlawanan pada Februari ini dengan menentang Belanda dan Euros,” katanya.

Capello tidak menjelaskan sepenuhnya senarai pemain-pemain, namun dia memberitahu Joe Hart terus berada di depan gol, kapten pasukan John Terry akan bersama Gary Cahill di bahagian pertahanan dan sebahagian pemain tengah yang memberi kemenangan 1-0 ketika bertemu Sepanyol baru-baru bakal mengekalkan posisi masing-masing.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan Capello mengambil langkah memberi peluang kepada pemain muda sekali gus menyaksikan kemenangan berpihak kepada England selepas kali terakhir skuad Three Lions itu menang dalam edisi perlawanan persabahatan pada tahun 1968 di bawah kendalian Alf Ramsey di Wembley.

“Semua pemain muda ini dipilih dari pasukan Bawah 21 dan telah lama dipantau. Saya ada bercakap dengan jurulatih kebangsaan, Stuart Pearce serta juga jurulatih kelab dan ternyata mereka memuji semua barisan pemain-pemain muda ini.

“Saya telah menilai secara peribadi mengenai prestasi mereka, dan tidak dinafikan saya gembira dengan keadaan mereka termasuk personaliti dan tahap keyakinan.

"Itulah yang membuktikan mereka telah bersedia untuk bermain bersama pasukan senior,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain