suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan Sea: Skuad Bola Sepak Perlu Sentiasa Jaga Disiplin

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan skuad bola sepak negara pada temasya Sukan SEA 2011 supaya menjaga disiplin semasa menentang Indonesia pada peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis ini.

Beliau berkata pemain negara tidak harus cepat melatah dan menerima keputusaan pengadil dengan hati terbuka walaupun dilayangkan kad merah ketika perlawanan itu.

"Lebih baik bermain dengan tenang dan tidak mudah hilang pertimbangan bagi menunjukan kita adalah sebuah pasukan yang profesional dan kaya dengan displin," katanya kepada media, Selasa.

"Kita mahu negara kita terus dinobatkan sebagai gergasi bola sepak ASEAN memandangkan kita merupakan juara bertahan pada edisi sukan SEA Laos 2009 dan juga juara Kejohanan AFF Piala Suzuki 2010," katanya.

Ahmad Shabery berkata berdasarkan rekod perlawanan lepas, pemain negara sering mendapat kad merah apabila berdepan dengan pasukan Indonesia.

"Oleh itu, para pemain kita perlu lebih berwaspada dan jangan cepat marah pada pertemuan kali ini. Namun, saya yakin dengan kemampuan pasukan kita... harap kita pertahankan pingat emas Sukan SEA," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain