suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T-Team Uji Pemain Import Pertama Dari Zambia

KUALA TERENGGANU: Pemain Zambia, Sashi Chalwe merupakan yang pertama diuji pasukan T-Team dalam rangka pengisian pemain import dalam menghadapi Liga Malaysia 2012.

Jurulatihnya, Yunus Alif berkata selepas ini, T-Team akan menguji beberapa pemain dari Argentina, Cameroon dan Brazil dalam usaha mencari pemain import terbaik untuk pasukan itu.

"Kita akan menguji pemain import ini satu demi satu supaya kita benar-benar dapat pemain yang import yang berkualiti dan baik," katanya.

Mengenai pemain Zambia itu, Yunus berkata setakat ini, beliau sukar untuk menilai prestasinya kerana pemain itu baru tiba di sini dua hari lepas dan baru diuji semalam.

Sehubungan itu, katanya, T-Team mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak di Terengganu sebagai gelanggang menguji pemain tersebut.

Yunus berkata Sashi, 27, merupakan pemain prtahanan yang berasal dari Lusaka dan pernah bermain dengan pasukan Al-Ahead FC iaitu juara Liga Lubnan 2011.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekurang-kurangnya enam lagi pemain import akan tiba minggu depan.

Pada masa sama, Yunus berkata T-Team akan menguji beberapa pemain negeri lain yang sanggup bermain dengan pasukan itu tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, nama pemain berkenaan belum dapat diumumkan kerana mereka masih terikat dengan kontrak pasukan masing-masing.

Yunus berkata beliau yakin prestasi pasukan T-Team tidak akan terjejas walaupun pasukan itu kehilangan beberapa pemain tunggak.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain