suria

Sukan (Power Bot): Terengganu Bakal Anjur Sukan Power Boat Peringkat ASEAN

HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu buat julung kalinya akan menganjurkan pertandingan Kenyir Power Boat peringkat Asean tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pertandingan tersebut mungkin diadakan serentak dengan acara pertandingan memancing 'Boat on the road'.

"Insya-Allah kita akan mengadakan mesyuarat lebih awal untuk menjemput pelumba-pelumba dari negara-negara Asean untuk mengambil bahagian dalam Kenyir Power Boat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan memancing Boat on the Road di Tasik Kenyir, dekat sini Ahad.

Ahmad berkata kerajaan berharap kedua-dua acara tersebut akan menjadi daya tarikan pelancong dan akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan mulai tahun depan.

Mengenai pertandingan Boat on the Road, beliau berkata pertandingan itu telah berjaya mempromosikan Tasik Kenyir dan Terengganu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain