suria

West Ham Pecat Grant

KELAB West Ham memecat pengurusnya, Avram Grant (gambar) sejurus selepas menjadi pasukan pertama yang sah bermain dalam Liga Kejuaraan (divisyen kedua) musim depan apabila gagal mempertahankan kedudukan 2-0 sebelum tersungkur 3-2 kepada Wigan Athletic.

Grant menerima padah apabila pihak kelab mengumumkan jurulatih dari Israel itu akan meninggalkan kelab tidak lama lagi.

“Kelab mengesahkan Grant tidak akan bersama pasukan selepas ini,” jelas satu kenyataan kelab.

Jurulatih Kevin Keen akan mengambil alih tugas Grant menjelang perlawanan terakhir musim ini menentang Sunderland Ahad ini.

Sementara itu, West Ham hanya mencatatkan tujuh kemenangan daripada 37 perlawanan dengan mengumpul 33 mata, lebih malang lagi bakal kehilangan pemain-pemian utama mereka seperti Scott Parker, Carlton Cole dan Thomas Hitzlsperger.

Grant berkata, situasi ini amat menyedihkan dirinya.

“Secara peribadi ia mata menyedihkan. Saya minta maaf kepada semua penyokong. Ketika saya datang ke sini, perasaan ghairah dan semangat sukar digambarkan.

“Kami percaya akan melakukan sesuatu hujung minggu ini, tetapi saya sedih kerana keadaan tetap akan berlaku,” katanya.

Bekas pengurus Chelsea, Porthmouth dan Israel ini dilantik menjadi pengurus West Ham dengan kontrak selama emapat tahun bermula Jun tahun lalu menggantikan Gianfranco Zola yang turut dipecat selepas dua musim mengendalikan pasukan ini.



Artikel Lain