Venue Perlawanan Akhir Piala FA Diketahui Dalam Masa Terdekat - Sukan | mStar

Venue Perlawanan Akhir Piala FA Diketahui Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Venue perlawanan akhir bola sepak Piala FA ntara Kelantan dan Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan hanya kan diketahui selewat-lewatnya minggu ini, kata Setiausaha Agung Persatuan olasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau berkata pemilihan venue untuk perlawanan akhir itu akan diputuskan dalam mesyuarat majlis jawatankuasa FAM dalam waktu terdekat.

"Ia masih dalam perbincangan. Kita pasti akan tentukan perlawanan akhir Piala FA pada Jumaat ataupun selewatnya dalam minggu ini," katanya.

Ditanya sama ada pemilihan venue akan melibatkan di Kelantan ataupun Terengganu, beliau berkata perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan kapasiti kedua-dua stadium tersebut tidak mampu menampung jumlah penonton pada perlawanan akhir.

Perlawanan itu dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 tempat duduk ketika Stadium Nasional di Bukit Jalil masih dalam proses penyelenggaraan.

Sekiranya FAM berhasrat untuk menggunakan Stadium Nasional sebagai venue akhir perlawanan tersebut, badan itu perlu mencari RM500,000 untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek di stadium itu.

Ini kerana stadium itu baru menjalani proses baik pulih trek dalam bulan ini dan telah beberapa kali tertangguh.

Kali terakhir penangguhan kerja pembaikan adalah untuk memberi laluan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Piala AFF Suzuki penghujung tahun lalu.

Selain menggunakan stadium tersebut untuk perlawanan akhir Piala FA, FAM juga berhasrat untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di antara skuad kebangsaan menentang tiga kelab Liga Perdana Inggeris - Chelsea, Liverpool dan Arsenal pada Jun dan Julai ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cai Lin Hampiri Ke Sukan Olimpik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain