suria

City Akhiri Kemarau 35 Tahun

Pasukan Manchester City dinobatkan juara Piala FA selepas menewaskan Stoke City 1-0, Sabtu.
Pasukan Manchester City dinobatkan juara Piala FA selepas menewaskan Stoke City 1-0, Sabtu.
Pasukan Manchester City dinobatkan juara Piala FA selepas menewaskan Stoke City 1-0, Sabtu.

YAYA Toure menjadi wira Manchester City apabila jaringan tunggal minit ke-74 berjaya membawa pasukannya dinobatkan sebagai juara Piala FA dengan kemenangan 1-0 ke atas Stoke City sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama 35 tahun.

City dilihat menguasai sepenuhnya permainan di Stadium Wembley membuatkan Stoke gagal membawa pulang trofi kejuaraan setelah mara ke final buat kali pertama.

Sementara itu, Toure yang dianggap senjata utama dalam pasukan ini turut menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Manchester United pada saingan separuh akhir sebelum ini.

Pemilik kelab dari Abu Dhabi ini, Sheikh Mansour Zayed pastinya gembira dengan pencapaian musim ini kerana pasukan yang dibelinya pada tahun 2008 ini turut berjaya melangkah kaki ke Liga Juara-Juara (CL) musim depan buat kali pertama.

Kejuaraan Piala FA ini adalah yang kelima buat City sejak menjulang kali pertama pada tahun 1969.

Artikel Sebelum

West Ham Pecat Grant

Artikel Berikut

Artikel Lain