suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hisyam Mahu Jadi Antara Pemain Terbaik

KUALA LUMPUR: Pemain golf kebangsaan Mohamad Hisyam Abdul Majid menjalani latihan yang pesat untuk mencapai sasaran pada kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank tahun ini.

"Saya banyak belajar tahun lepas. Membuat pukulan tiga bawah par merupakan pengalaman baik bagi saya.

"Saya telah menetapkan sasaran saya tahun ini. Saya mahu menjadi antara pemain amatur terbaik," kata pemain berusia 19 tahun ini di venue kejohanan di sini, Rabu.

Seramai 156 pemain akan menyertai Terbuka Malaysia tahun ini bermula Khamis di Kuala Lumpur Golf & Country Club di Bukit Kiara.

Hisyam adalah antara enam pemain amatur yang dipilih Persatuan Golf Malaysia (MGA) menyertai kejohanan bersama 16 pemain profesional negara.

Selain beliau ialah Gavin Kyle Green yang menyertai kejohanan tahun lalu,sementara Mohd Azman Basharudin, Kenneth de Silva, Jeremiah Kim dan Chan Tuck Soon merupakan pendatang baru kejohanan.

Kenam-enam mereka telah menjalani latihan selama sebulan di venue kejohanan bulan lalu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain