Malaysia Tuan Rumah ACC 2012 - Sukan | mStar

Malaysia Tuan Rumah ACC 2012

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang menghantar kontinjen besar pelumba trek dan lebuh raya ke Sukan Olimpik 2012 di London, Britain apabila menang bidaan menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012 (ACC 2012).

Malaysia menewaskan India 6-2 menerusi sistem kiraan undi secara sulit di kalangan lapan negara yang mempunyai hak mengundi di kalangan ahli Kongres Persatuan Berbasikal Asia (ACC) dalam mesyuarat Kongres di Guangzhou, China, Ahad.

Naib Presiden ACC, Abu Samah Abd Wahab berkata, Kejohanan ACC 2012 dijangka diadakan di Kuala Lumpur dan Melaka bakal menjadi medan terbaik untuk pelumba Malaysia mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 dengan penuh selesa kerana berlumba di halaman sendiri.

Bagaimanapun, kita hampir terlepas peluang mendapat hak penganjuran ACC 2012 selepas Kongres ACC semalam tampak lebih cenderung memilih New Delhi sebagai tuan rumah kejohanan tersebut kerana negara itu belum pernah diberikan status penganjur kejohanan berbasikal terbesar di benua Asia.

Malah, New Delhi juga menjadikan alasan Malaysia pernah menjadi tuan rumah ACC 2006 sebagai faktor untuk meyakinkan Kongres ACC supaya menganugerah hak penganjuran kepada India.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) berkata, Kongres ACC juga sangat terpikat dengan tawaran bidaan New Delhi khususnya pakej hotel penginapan bertaraf lima bintang dan velodrom yang dikatakan antara terbaik di dunia ketika ini.

“Bagaimanapun, ada antara wakil negara tertentu di dalam Kongres ACC lebih mempercayai kebolehan dan reputasi Malaysia sebagai penganjur kejohanan bertaraf dunia.

"Jadi mereka mencadangkan supaya diaplikasikan sistem undian secara rahsia bagi memilih tuan rumah ACC 2012.

“Akhirnya Malaysia menang dengan kelebihan enam undi. Jelas sekali ramai yang mempercayai kebolehan kita sebagai penganjur kejohanan bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Abu Samah menegaskan ACC 2012 sangat penting kerana kita mempunyai hak untuk menganjurkan jadual perlumbaan mengikut cita rasa dan peratusan kemenangan di kalangan pelumba negara sebagaimana yang berlaku di Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

“Jadikanlah insiden di Guangzhou sebagai satu pengajaran. Lihat sahaja bagaimana China memanipulasi jadual hinggakan Malaysia gagal dalam acara 200 meter pecut individu dan pecut berpasukan.

“Mereka tahu kita boleh menang sekurang-kurangnya dua emas atau 1 emas 2 perak. Jadi strategi mereka ialah dengan menghidangkan satu jadual yang padat sehinggakan Mohd Azizulhasni (Awang) terpaksa mengorbankan dua acara iaitu 200 meter pecut individu dan pecut berpasukan semata-mata mahu menumpukan kepada keirin.

“Nasib baik perjudian Mohd Azizulhasni dan Josiah berbaloi. Akhirnya kita menang 1 emas 1 perak,” katanya.

Artikel Sebelum

Jadual Atlet Malaysia Pada Sukan Asia Isnin

Artikel Berikut

Man City Tundukkan Fulham 4-1

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain