suria

Liverpool Diambil Alih New England Sports Ventures

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool diambil alih oleh New England Sports Ventures di bawah kendalian John W Henry, Jumaat.

Pengambilalihan itu hanya berjaya dilakukan selepas mahkamah di Texas menggantung satu perintah sementara menghalang penjualan kelab bernilai 300 juta paun sterling.

Pengerusi Liverpool, Martin Broughton menguruskan urusan tersebut walaupun mendapat tentangan daripada pemilik terdahulu kelab itu, Tom Hicks dan George Gillett.

Hicks dan Gillett akan menyaman pihak terbabit sebanyak AS$ 1 bilion untuk ganti rugi kerana mendakwa penjualan kelab itu sebagai tidak sah serta menilai kurang kelab tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beregu Lelaki Negara Menang Emas

Artikel Lain