suria

Van Der Sar Rancang Gantung But

Van der Sar mahu menamatkan kariernya dengan menjulang trofi FA.
Van der Sar mahu menamatkan kariernya dengan menjulang trofi FA.
Van der Sar mahu menamatkan kariernya dengan menjulang trofi FA.

EDWIN van der Sar bersedia untuk menggantung but pada hujung musim ini, lapor jurulatih penjaga gol Manchester United, Eric Steele.

Bekas penjaga gol skuad kebangsaan Belanda itu akan berusia 40 tahun bulan ini dan Steele memberitahu dia sudah merancang untuk bersara.

"Saya percaya Van der Sar nekad dengan keputusannya dan memberitahu tahun ini adalah penampilan terakhirnya.

"Dia adalah pemain profesional dan bijak. Segalanya bergantung kepada prestasinya. Jika dia beraksi cemerlang, Sir Alex Ferguson akan membuat pertimbangan begitu juga dirinya," kata Steele.

Steele berkata Van der Sar yang pernah menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah, Liga Perdana Inggeris dan Piala Carling bersama United kini berazam untuk menamatkan kariernya dengan gemilang.

"Apabila kami melakukan penggiliran terhadap penjaga gol, saya percaya anda akan melihat Van der Sar mahu beraksi dalam Piala FA. Impian menjulang trofi domestik itu antara sasaran yang belum disempurnakannya pada ketika ini," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain