suria

Konchesky Bersatu Kembali Dengan Hodgson

PEMAIN pertahanan Paul Konchesky akhirnya bersatu kembali dengan bekas pengurusnya, Roy Hodgson selepas menyempurnakan perpindahan ke Liverpool dari Fulham.

Konchesky, 29, menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pemain pasukan simpanan The Reds, Lauri Dalla Valle dan Alex Kacaniklic berhijrah ke Fulham sebagai sebahagian daripada perjanjian dalam perpindahan itu.

Konchesky berada di Anfield untuk menyaksikan pasukan barunya menundukkan West Brom 1-0, Ahad lalu tetapi perpindahannya belum lengkap sepenuhnya ekoran perbincangan dan pemeriksaan kesihatan Dalla Valle dan Kacaniklic masih tertangguh.

Bekas pemain kebangsaan England yang beraksi di bawah pimpinan Hodgson ketika di Fulham sedikit sebanyak memberi saingan sengit kepada Fabio Aurelio untuk mengisi tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Dia mengikut jejak langkah Joe Cole, Milan Jovanovic, Jonjo Shelvey, Danny Wilson, Christian Poulsen, Brad Jones dan Raul Meireles ke Merseyside.

Sementara itu, Emiliano Insua meninggalkan Emirates untuk berhijrah ke kelab gergasi Turki, Galatasaray secara pinjaman dengan pilihan untuk menjadi pemain tetap.

Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu memperkuat Liverpool selama empat tahun selepas berhijrah dari Boca Juniors ketika remaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain