suria

Skuasy: Mohd Azlan Mara Ke Perlawanan Akhir Terbuka Malaysia

PETALING JAYA: Pemain utama negara Mohd Azlan Iskandar mengejutkan Farhan Mehboob dari Pakistan untuk melangkah bergaya ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2010.

Pilihan keempat kejohanan itu mempersembahkan permainan cemerlang sepanjang 54 minit perlawanan yang menyaksikan beliau menang 11-7 dalam ketiga-tiga set.

"Saya gembira dengan kemenangan 3-0 sekali lagi. Saya gembira dengan permainan saya hari ini. Memang menjadi sasaran saya untuk menjuarai kejohanan tahun ini.

"Berdepan dengan pemain yang mempunyai permainan pantas dan bijak dengan raketnya memerlukan kerja keras, dan itulah yang saya lakukan hari ini," katanya kepada kepada pemberita selepas perlawanan yang berlangsung di pusat membeli-belah The Curve, di sini hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu yang pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada 2004 dan 2007 akan bertemu pemain Mesir Tarek Momen pada perlawanan akhir esok.

Tarek, pilihan ketujuh kejohanan menewaskan rakan senegara dan pilihan utama Mohamed El Shorbagy dalam perlawanan yang mengambil masa 75 minit sebelum menang 3-2.

Tarek menang 8-11, 13-11, 2-11, 11-4 dan 12-10. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain