suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Donovan Sasaran Terbaru Manchester City

City memasang hasrat untuk menagih sentuhan Donovan.
City memasang hasrat untuk menagih sentuhan Donovan.
City memasang hasrat untuk menagih sentuhan Donovan.

PENGURUS Manchester City, Landon Donovan mengesahkan kelab itu berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Amerika Syarikat (AS), Landon Donovan.

City memanfaatkan cuti musim panas ini dengan memperkukuhkan skuad sebelum permulaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan depan dan Mancini memberitahu Donovan juga dalam senarai pembeliannya kali ini.

"Landon Donovan adalah pemain hebat. Perpindahan itu tidak mustahil akan berlaku," kata Mancini di New Jersey ketika City bersedia untuk menghadapi aksi Cabaran New York yang bermula hari ini.

Donovan, 28, masih mempunyai kontrak bersama Los Angeles Galaxy tetapi dia dipinjamkan ke Everton musim lalu.

Beberapa pegawai Major Soccer League (MLS) berharap Donovan akan kekal bersama kelab itu.

Mancini mengesahkan City turut memburu sentuhan penyerang Inter Milan, Mario Balotelli dan pemain tengah James Milner tetapi sebarang persetujuan belum dicapai.

Cabaran New York yang mempertemukan empat pasukan akan bermula hari ini apabila Tottenham bertemu New York Red Bulls yang baru saja menyempurnakan perpindahan penyerang Perancis Thierry Henry dari Barcelona.

City akan bertemu kelab dari Portugal, Sporting Lisbon esok.

Artikel Lain