WIMBLEDON: Pemain pilihan kedua Rafael Nadal telah menyelamatkan keadaan dengan menewaskan pilihan ke-33 Philipp Petzschner dan akan melangkah ke pusingan keempat kejohanan tenis Wimbledon.Nadal yang bertarung dalam keadaan tangan kiri dan paha kanannya cedera memerlukan lebih dari tiga jam setengah sebelum menewaskan Petzschner 6-4, 4-6, 6-7 (5), 6-2, 6-3 semalam. Nadal akan bertemu pemain bukan pilihan dari Perancis, Paul Henri Mathieu di peringkat suku akhir nanti.