suria

Perancis, Uruguay Sekadar Seri

PERLAWANAN kedua peringkat Kumpulan A, awal pagi tadi sekadar menyaksikan Perancis dan Uruguay berkesudahan seri tanpa jaringan pada hari pembukaan Piala Dunia, semalam.

Malang menimpa Uruguay apabila terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain pada sembilan minit terakhir perlawanan di Cape Town selepas pemain Nicolas Lodeiro diperintah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua.

Namun, peluang itu gagal dimanfaatkan Perancis untuk mencuri tiga mata penuh kerana Uruguay lebih banyak menekankan corak permainan bertahan.

Keputusan seri itu menyaksikan Perancis dan Uruguay tidak berpeluang menduduki tangga teratas peringkat kumpulan selepas Afrika Selatan dan Mexico turut terikat seri pada perlawanan terdahulu.

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain