suria

Rooney Tetap Beri Komitmen 100 peratus

LONDON: Penyerang England, Wayne Rooney mendakwa bahawa dia tetap akan memberikan komitmen 100 peratus walaupun menanggung kecederaan leher selepas menentang Mexico pada perlawanan persahabatan Piala Dunia, kelmarin.

Kesakitan di bahagian lehernya mula dirasai ketika England mencatatkan kemenangan 3-1 tetapi Rooney bernasib baik kerana kecederaan itu tidak begitu serius.

Rooney menegaskan dia tetap akan turun berlatih dalam usaha untuk kekal cergas sebelum perlawanan pembukaan di Afrika Selatan bulan depan.

"Anda perlu beraksi dalam setiap perlawanan dan bermain seperti biasa. Jika nasib malang menimpa, kita perlu berusaha keras mengatasinya. Ia bukan tekanan tetapi saya hanya mahu memberikan yang terbaik setiap kali saya diturunkan," kata Rooney yang pernah bergelut dengan kecederaan buku lali dan pangkal paha pada penghujung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penyerang Manchester United itu menyifatkan kecederaan itu hanyalah seketika dan yakin ia akan pulih dalam tempoh terdekat.

Dia menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan terdahulu bersama England selepas berusaha keras untuk menangani masalah kecederaannya.

Artikel Lain