suria

Larian Baton SUKMA Lalui Perkampungan Nelayan

JASIN: Larian baton Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 hari ini melalui beberapa perkampungan nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dekat sini.

Antara perkampungan nelayan yang dilalui ialah Kampung Sempang, Kampung Pulai dan Kampung Umbai Pantai.

Larian itu disertai 250 pelajar Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah dan 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Ghazale Muhamad merasmikan larian peringkat ke-15 sejauh 17km itu yang bermula di Kompleks Japerun Serkam dan berakhir di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai.

Larian peringkat pertama bermula di DUN Kuala Linggi pada 28 Feb lepas. Larian itu akan menjelajah kesemua 28 DUN sebelum berakhir di DUN Paya Rumput 12 Jun ini, iaitu hari perasmian Sukma di Stadium Hang Jebat.

Larian baton itu diadakan bagi menyemarakkan semangat temasya Sukma yang akan diadakan di Melaka bermula 10 hingga 19 Jun ini.

Sebanyak 33 acara sukan dipertandingan pada sukan itu.

Ghazale kemudiannya menyerahkan Baton Sukma itu kepada Adun Ayer Molek Datuk Md Yunos Husin bagi membolehkan baton dibawa menjelajah di kawasan DUN Ayer Molek pada 1 Mei ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain