Lebih 500 Atlet Sah Sertai Ironman Antarabangsa Langkawi 2010 - Sukan | mStar

Lebih 500 Atlet Sah Sertai Ironman Antarabangsa Langkawi 2010

LANGKAWI: Seramai 580 peserta dari 36 buah negara sudah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini pada Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia yang akan berlangsung pada 27 Feb ini.

Pengarah kejohanan itu, A.Chandrakumanan berkata, antara peserta-peserta yang sudah pun mengesahkan penyertaan mereka ialah Amerika Syarikat, Itali, Argentina, Belgium, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada dan negara-negara Asean.

"Bagi kejohanan kesebelas ini, kita mensasar 700 peserta mengambil bahagian dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Februari tahun depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian sejauh 42 kilometer, menjadi antara pusingan kelayakan ke kejohanan dunia 2010 di Kona, Hawaii. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Artikel Lain