suria

‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ bukan angkat pengaruh buruk, Awie minta tonton dulu baru komen

Awie pertama kali mengarahkan filem genre aksi.

PENYANYI Datuk Awie meminta orang ramai menonton Rebel: Berontak Untuk Berotak sebelum melemparkan tuduhan tidak benar mengenai filem arahan pertamanya itu.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berkata, adalah tidak adil untuk terus melabel filem tersebut memberi pengaruh buruk kepada generasi muda memandangkan ia mengangkat tentang kisah pertubuhan dan persatuan kongsi gelap.

“Tengoklah dulu dan faham apa yang dinaratorkan serta dipersembahkan dalam filem ini. Komen sebelum tonton itu tidak adil.

RRP03808

Selain mengarah Awie turut sama berlakon dalam filem Rebel: Berontak untuk berotak.

“Buat apa nak menegakkan benang yang basah cumanya sekarang ini kita nak perbetulkan fahaman yang salah,” katanya kepada mStar.

Rebel: Berontak Untuk Berotak mula ditayangkan di seluruh panggung wayang di seluruh Malaysia bermula 2 Mei 2024.

Ia membariskan barisan pelakon seperti Ben Amir, Shikin Kamal, Azlan Komeng, MK K-Klique, Nor Albaniah termasuk Awie sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada apa lagi nak dikejar sebagai artis, Awie mahu lebihkan masa untuk anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Awie pertama kali galas tugas pengarah, Rebel: Berontak Untuk Berotak bukan sindir mana-mana pertubuhan

Dalam pada itu, Awie menjelaskan filem ini tiada sebarang kaitan dengan mana-mana pihak mahupun kisah peribadinya yang pernah menyertai pertubuhan.

Malah kata Awie, pandangan orang awam mengenai pertubuhan dengan aktiviti tidak bermoral sebenarnya salah sebaliknya mereka lebih mementingkan sifat kekeluargaan.

"Ramai sebenarnya yang menyertai pertubuhan atau persatuan tetapi kita sahaja tak ambil peduli.

Komen sebelum tonton itu tidak adil.

AWIE

PENGARAH REBEL: BERONTAK UNTUK BEROTAK

"Kalau kita ambil tahu, mungkin ramai tidak tahu tujuan sebenar pertubuhan ini diwujudkan malah mungkin lebih baik berbanding parti politik.

"Ia seenarnya sangat mementingkan sifat kekeluargaan dan tidak boleh ada cubaan menjatuhkan ahli lain atau bergaduh," katanya.

Mengulas mengenai penampilan Ben dan MK, Awie memberitahu ia bukan cabaran besar sebaliknya melihat kedua-dua aktor itu mempunyai kebolehan dan berbakat besar bagi menzahirkan genre aksi.

RRP00685

Filem Rebel: Berontak untuk berotak tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan

Apa lebih mencabar kata Awie, dia bukan sahaja mengarah tetapi turut terlibat dalam proses penulisan skrip yang disifatkan sebagai rumit memandangkan terdapat kekangan waktu sebelum masuk ke set penggambaran.

“Memang agak rumit nak hasilkan filem ini tetapi saya beruntung kerana pembantu pengarah saya seorang yang bijak.

“Dia akan susun betul-betul setiap jadual kerja saya dan memudahkan semua urusan apabila tiba di set penggambaran,” ujarnya.

Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak menelan kos pembelajaan hampir RM1 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain