suria

‘Geng Kubur’ jentik memori lalu, kisah 4 sahabat main psikologi penonton

Setiap watak dalam Geng Kubur bawa kisah lampau tersendiri.

BUKAN sekadar filem seram, malah karya terbaharu pengarah Gavin Yap berjudul Geng Kubur turut menampilkan kisah yang cukup dekat dengan kehidupan seharian masyarakat.

Bagi Gavin yang turut bertindak sebagai penulis skrip, jalan cerita empat sekawan dalam filem ini akan membawa penonton merasai kembali pengalaman lalu yang pernah dilalui ketika zaman remaja.

"Saya percaya setiap penonton akan melihat diri mereka dalam setiap watak yang ditampilkan. Ia bukan sekadar filem seram, malah lebih daripada itu.

gavin yap 1

Gavin (kiri) tampilkan pelakon baharu dalam Geng Kubur.

"Saya memamg suka filem genre sebegini, tetapi tidak akan buat yang hanya seram sahaja. Dalam filem kali ini ada elemen seram dan ia bermain dengan psikologi," katanya.

Idea asal filem ini mula diilhamkan oleh Gavin sekitar tahun 2019 sebelum memulakan penggambaran pada September 2022.

Bermula dengan perbualan bersama isteri tentang kisah seram, Gavin kemudian mengembangkan jalan cerita dengan mengangkat trauma yang akan membawa kepada perjalanan hidup seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar hiburan kosong, ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’ mampu pupuk jati diri penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Agrobank berjaya buat penonton mengalir air mata, ‘Janji Amir’ sarat emosi dan pengajaran - “Jangan sampai ralat”

"Idea asal filem ini jauh berbeza dengan hasil akhirnya. Idea asal adalah tentang seseorang yang pernah diejek oleh rakan-rakan. Kemudian saya masukkan isu lebih peribadi seperti trauma dan saling memaafkan.

"Geng Kubur adalah sebuah filem menitikberatkan perjalanan kehidupan setiap watak iaitu empat orang sahabat," ujarnya.

Mengambil latar belakang kisah sekumpulan rakan yang suka duduk di tanah perkuburan, Gavin memberitahu inspirasi itu juga datang daripada kehidupan peribadinya.

Malah sama seperti apa dipaparkan, dia dan rakan-rakan juga suka melepak di kawasan perkuburan ketika di usia remaja.

"Sejak pulang ke Malaysia selepas berhijrah ke United Kingdom, tempat tinggal keluarga saya memang terletak dekat dengan kawasan perkuburan.

"Jadi boleh dikatakan melepak di kawasan tanah perkuburan memang menjadi antara aktiviti saya bersama rakan-rakan ketika zaman sekolah dahulu," jelasnya.

gavin yap 2

Empat sahabat Geng Kubur yang punya kisah lampau tersendiri.

Empat pelakon utama menghidupkan filem ini adalah Firdaus Sifiyan sebagai Firhan, Mia Sara Shauki (Melati), Lion Ching (Fang Liang) dan Sasidaran (Prem).

Secara keseluruhan filem terbitan Iron Hill Media Sdn Bhd ini menelan belaja sebanyak RM1.2 juta dan ditayangkan bermula 25 April.

Secara ringka Geng Kubur membawa kisah Firhan yang kehilangan ibu sejak kecil akibat kemalangan jalan raya.

Dia bersama tiga sahabat baiknya mempunyai hobi pelik yang suka melepak di kawasan perkuburan untuk mencari cerita di sebalik kematian seseorang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain