suria

Kutipan cecah RM50 juta, Polis Evo 3 filem aksi komedi paling laris sepanjang zaman

Polis Evo 3 berjaya catat kutipan RM50 juta.

FILEM Polis Evo 3 berjaya mencipta rekod apabila meraih kutipan sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari ia menemui penonton termasuk tayangan awal di pawagam.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Polis Evo 3 filem aksi komedi paling laris sepanjang zaman di Malaysia sepanjang masa.

evo2 - 1

Gandingan serasi Zizan dan Sam dalam Polis Evo 3.

Memasuki minggu keempat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura selain bersaing dengan pelbagai filem antarabangsa, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 yang juga merupakan Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur atas kejayaan diraih dan berharap ia dapat menyuntik semangat penggiat seni untuk terus menghasilkan karya berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Polis Evo 3' raih kutipan RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi tak stabil di lokasi, Shaheizy Sam sanggup berlapar demi 'Polis Evo 3'... sampai elak dekati isteri takut bergaduh!

"Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan.

"Kejayaan memperoleh kutipan RM50 juta mengukuhkan jenama Polis Evo sebagai francais nombor satu negara dengan kutipan tertinggi," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Ahad.

Filem Polis Evo 3, sekali lagi menggandingkan pelakon Shahiezy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama menerusi watak Khai dan Sani yang merupakan dua sahabat bertugas sebagai anggota polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain