suria

‘Polis Evo 3’ raih kutipan RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan

Kutipan Polis Evo 3 dijangka terus meningkat sepanjang tayangan.

FILEM Polis Evo 3 terus mencatatkan kejayaan tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan termasuk 1 hari tayangan awal.

Nilai tersebut sekaligus mengatasi kutipan tayangan Polis Evo 2 berjumlah RM23 juta untuk tempoh 44 hari tayangan.

Perkara tersebut dikongsi meneruis Instagram rasmi syarikat penerbit Astro Shaw Sdn Bhd selain barisan pelakon yang meluahkan rasa gembira atas sambutan hangat penonton.

polis evo 3

Kejayaan Polis Evo 3 bukti sokongan terhadap filem tempatan.

“Alhamdulillah. Kali ini filem pilihan nombor satu Malaysia kita dapat capai RM30 juta dalam masa sembilan hari,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu menerusi satu perkongsian lain, pihaknya turut berkongsi paparan jualan tiket di beberapa panggung yang menunjukkan tempat duduk hampir penuh untuk tayangan beberapa hari ini.

Filem arahan Syafiq Yusof ini memulakan tayangan rasmi pada 25 Mei lalu dan sudah mula menunjukkan prestasi baik dari segi kutipan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Polis Evo 3’ kutip RM16 juta selepas 4 hari tayangan... bukti penonton masih percayakan filem tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Tewaskan Fast X... Polis Evo 3 catat kutipan RM3.4 juta hari pertama tayangan

Malah ia berjaya bersaing hebat dengan filem Fast X menerusi nilai kutipan pada hari pertama.

Filem Polis Evo 3, sekali lagi menggandingkan pelakon Shahiezy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama menerusi watak Khai dan Sani yang merupakan dua sahabat bertugas sebagai anggota polis.

polis evo 1

Sambutan hangat peminat dalam siri jelajah Polis Evo 3 sebelum ini.

Selain Sam dan Zizan, pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain