suria

Tribute buat Mamat Khalid, Awie harap dapat terbit lebih banyak filem selepas ‘Sue-On’

awie 2

MENGENANG kembali jasa pengarah Allahyarham Mamat Khalid, penyanyi dan pelakon Datuk Awie tampil dengan sebuah filem genre komedi seram berjudul Sue-On.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, pengarah itu juga yang telah memperkenalkan namanya sebagai seorang pelakon komedi menerusi filem-filem terdahulu seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

“Saya menghasilkan filem ini adalah untuk meneruskan legasi arwah. Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan.

awie 1

Awie juga banyak berkongsi ilmu ketika di lokasi.

“Watak dalam filem-filem komedi lakonan saya sebelum ini diterima baik oleh penonton sedangkan saya bukan pelakon komedi.

“Jadi saya perlu mengambil peluang menghasilkan filem genre sebegini dan dengan itu maka adanya Sue-On,” katanya.

Selain bertindak sebagai penerbit, Awie turut membintangi filem ini bersama barisan pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan Achey selain penampilan khas Erra Fazira.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Polis Evo 3’ raih kutipan RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tujuh Dua Belas’ angkat seni pertahan diri, pengarah simpan hasrat buat sekual dengan pelakon Indonesia dan Kemboja

Mengharapkan kejayaan dan sambutan hangat penonton Awie juga mahu menerbitkan lebih filem sebegini di masa akan datang.

“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.

Sama juga seperti Awie, pengarah filem ini iaitu Razif Ajiboy Rashid turut menganggap karya kali ini sebagai satu penghargaan buat arwah Mamat yang cukup terkenal dalam penghasilan genre komedi.

Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan.

DATUK AWIE

PELAKON/PENERBIT

Bercakap tentang cabaran ketika penggambaran, Razif meluahkan rasa syukur kerana Awie turut sama membantu berkongsi ilmu bagi mendapatkan hasil terbaik.

“Saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada arwah. Jadi, sedikit sebanyak hasil tangan ini terbaru saya ini mendapat inspirasi daripada filem-filemnya.

awie 2

Awie meneruskan legasi Mamat dalam penghasilan filem genre komedi seram.

“Sebagai pengarah pula pastinya adalah mahu filem ini betul-betul dapat menarik penonton. Saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Datuk Awie banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu,” kongsinya.

Membawa kisah yang santai dan inspirasi dari cerita seram Jepun, filem Sue-On bakal ditayangkan bermula 6 Julai ini di seluruh pawagam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain