suria

Gandingan Beto, Diana Danielle hidupkan ‘Imaginur’... filem unik angkat kisah percintaan dunia hipnosis

Imaginur tentang hipnosis dalam sebuah percintaan.

BUKAN sekadar kisah cinta, filem ketiga arahan Nik Amir Mustapha berjudul Imaginur turut mengetengahkan elemen hipnosis (manusia dalam keadaan separuh sedar) menjadikan ia sebuah naskah yang unik.

Menurut Amir atau nama sebenarnya Nik Amir Mustapha, dia mendapat inspirasi mengangkat elemen romantik bersama science fiction dalam filem ini kerana mempunyai minat yang mendalam mengenai minda manusia yang kompleks.

Beto dan Diana merupakan watak utama 'Imaginur'

"Imaginur sebuah kisah cinta yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis. Kemudian setelah melalui hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti.

"Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya terinspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu snapshot kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis," katanya kepada mStar.

Filem Imaginur yang mengangkat kisah cinta, hipnosis dan kehidupan manusia ini dihasilkan dengan kerjasama penulis skrip Rezza Minhat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mechamato Movie' filem animasi tempatan nombor satu, berjaya kutip RM30.75 juta dalam tempoh kurang sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus perjuang maruah budaya Mak Yong dalam ‘Duan Nago Bogho’, singkap kehidupan masyarakat Kelantan

Bercakap mengenai pemilihan pelakon, pengarah filem Imaginur meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dua orang pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle.

"Umum mengetahui Beto merupakan seorang pelakon yang mampu menjiwai apa sahaja watak. Malah, dia berhasil memberikan komitmen lebih dari 100 peratus untuk watak Zuhal.

"Bagi Diana pula, saya tertarik dengan kebijaksanaannya apabila pertama kali berbincang mengenai filem ini. Saya rasa dia memang cukup sesuai untuk membawakan watak Nur, seorang gadis yang penuh misteri," katanya.

Filem yang penuh dengan misteri dan tanda tanya

Filem Imaginur ini mengisahkan tentang kisah kehidupan seorang lelaki muda berputar di luar kawalan dan cuba untuk mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis.

Keadaan Zuhal mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar dan mula jatuh cinta kepada wanita itu.

Imaginur bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 23 Februari depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain