suria

[V] Hafidz Roshdi tak pernah tuduh isteri gugurkan kandungan, dedah Shuhada banyak kali minta cerai

PELAKON Hafidz Roshdi menafikan dakwaan menuduh isterinya Nurul Shuhada menggugurkan kandungan anak ketiga mereka yang baru berusia 14 minggu.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata dakwaan itu timbul kerana berlaku kemusykilan sewaktu berkomunikasi dengan isterinya menerusi Whatsapps sebelum ini.

"Saya tidak menuduh Nurul Shuhada Binti Mohd Shukri membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu.

hafidz 2

Hafidz buat pendedahan lagi.

"Ia berdasarkan apa yang dimaklumkan pada saya mengikut bukti komunikasi Whatsapps serta kemusykilan timbul," kata Hafidz kepada pemberita.

Hafidz mengulas perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya Nurul Shuhada pada pagi Selasa dan ditemani oleh ibunya, Haniza Ibrahim.

Tambah Hafidz lagi, dia turut meminta untuk henti menabur fitnah serta membuat sebarang spekulasi mengenai dirinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul sedondon di mahkamah, Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen - “Berjanji pakai baju sama ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu Hafidz Roshdi terubat, akhirnya bertemu anak-anak selepas 3 bulan

"Saya berharap agar semua hormati privasi keluarga saya dan menegaskan agar tiada lagi kisah rumah tangga saya dijadikan tajuk ataupun kisah oleh mana-mana pihak," luahnya.

Dalam pada itu, Hafidz turut memberitahu isterinya telah meminta untuk dilepaskan sudah beberapa kali daripadanya sebelum ini.

"Khusus untuk kes hari ini walaupun sudah lalui banyak sesi pendamaian tapi penceraian juga diminta.

Sebenarnya bukan tahun ini saja Shuhada minta cerai tapi sudah lama dan berkali-kali.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

"Sebenarnya bukan tahun ini saja Shuhada minta cerai tapi sudah lama dan berkali-kali," ujarnya.

Sementara itu, Hakim Siti Rahmah Hussin menangguhkan pengesahan lafaz cerai terhadap pasangan ini dan menetapkan semula perbicaraan itu pada 27 Julai depan.

Jelas Hafidz lagi, meskipun menerima kecaman di media sosial namun dia memilih mendiamkan diri dan memberitahu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya itu kerana mendakwa mengaibkan dirinya.

hafidz 3

Hafidz jaga rapi aib Shuhada.

"Sekiranya saya berbalas di media sosial ia akan jadi lebih keruh, saya masih jaga erat segala aib serta kelemahan Shuhada sebagai isteri selama ini.

"Tapi sekiranya Shuhada masih berteruskan jadi saya terpaksa bertindak mengikut undang-undang," tambahnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain