suria

Berbulan rezeki tertutup, sikap bertukar ‘panas’... Atiq Azman dedah mangsa sihir individu dikenali

Atiq dedah rezeki sempit dan jadi pemarah selepas terkena sihir.

PELAKON Atiq Azman mendedahkan dia menjadi mangsa sihir individu dikenali selepas merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kehidupannya sejak kebelakangan ini.

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, berkata, antara perubahan ketara dialami adalah dia menjadi seorang pemarah, keluarganya menjadi huru-hara selain berdepan kesempitan rezeki.

"Patut rezeki aku sekat, manusia tak akan pernah puas selagi orang yang dia dengki tidak jadi apa-apa. Kau sihir aku dah lama rupanya, kau bagi aku panas sepanjang masa.

"Sikit-sikit nak marah, kau bagi keluarga aku huru-hara selain kerja banyak tak lepas daripada produksi.

Atiq 1

Pendedahan Atiq di Instagram miliknya.

"Kau tutup aku supaya bagi orang tak nampak. Terima kasih, nantikan balasan Tuhan akan datang," katanya.

Atiq mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Atiq berkata, disebabkan perkara itu dia sering tertanya kesilapan apa telah dilakukan memandangkan sudah berbulan-bulan dia berdepan dengan pelbagai ujian.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman melenting dituduh ‘gay’, minta netizen cermin diri sebelum mengata

ARTIKEL BERKAITAN: Makin sado! Atiq Azman tayang badan, belanja ‘six pax’ buat peminat tak keruan

Tidak hanya dia tetapi ahli keluarganya turut diuji apabila berdepan dengan kemalangan secara bertimpa-timpa.

"Sampai aku meminta-minta pada Tuhan, apa salah aku buat sampai kau tutup rezeki aku, jahil sangat ke aku? Padahal aku solat lima waktu, sebelum ini baca surah Al Waqiah, macam baca Al Mulk tapi tetap sama saja.

"Berbulan-bulan sengsara atas apa yang kau dah buat dekat aku. Kemalangan berkali-kali, adik nombor dua kemalangan. Adik paling bongsu kemalangan patah tangan. Aku cukup serabut dah jadinya," katanya.

Atiq 1

Atiq bakal dapatkan rawatan segera.

Susulan sudah tidak tahan dengan sihir itu, Atiq memberitahu akan mendapatkan rawatan dalam masa terdekat selain tidak peduli dengan perasaan individu tersebut.

Jelasnya, dia sudah cukup bersyukur mempunyai rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong dan meminta agar individu tersebut segera bertaubat.

"Insya Allah dalam masa terdekat aku pergi berubat. Ingat kau Islam tapi kau menduakan Tuhan. Jatuh laknat besar kau dengan Allah, pergilah bertaubat selagi pintu terbuka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain