suria

Makin sado! Atiq Azman tayang badan, belanja ‘six pax’ buat peminat tak keruan

Atiq Azman kongsi video tayang six pack membuatkan netizen cair.

PERKONGSIAN video terbaharu dimuat naik oleh pelakon Atiq Azman di aplikasi TikTok menarik perhatian netizen dan membuatkan ramai peminat tak senang duduk.

Dalam video dikongsi, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, 22, dilihat tidak berbaju dan menunjukkan badan yang berotot dalam sebuah bilik.

"Syok sendiri ke tu," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Hantaran yang dikongsi Atiq Azman

Perkongsian pelakon drama Nur 2 itu menyebabkan peminat menjadi tidak keruan dan memuji bentuk badannya yang sasa.

Ada juga yang mahu mengikut jejak langkah Atiq dan meminta tip untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik seperti pelakon itu.

"Aku rasa abang Atiq ni makin hari makin hensem. Dengan body macam ni cair lah.

"Abang Atiq boleh kongsi training dengan siapa atau buat badan sendiri? Jealousss," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman melenting dituduh ‘gay’, minta netizen cermin diri sebelum mengata

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat geram tengok Atiq Azman sampai berani minta gambar ‘bawah’... “Tapi saya tak boleh block mereka”

Sementara itu, ada peminat yang meminta Atiq untuk lebih berhati-hati memuat naik hantaran di media sosial supaya tidak menimbulkan fitnah buruk.

"Nanti kalau kena fitnah abang marah pula!" komen netizen.

Sebelum ini, pelakon Atiq Azman berang apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menuduh pelakon itu seorang homoseksual gara-gara memuat naik video melakukan senaman di sebuah gim.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain