suria

Ibu mangsa keganasan rumah tangga, Nadia Brian pernah berdepan trauma semasa kecil… “Bukan nak buka aib keluarga”

Nadia Brian nak didik masyarakat tentang kesihatan mental bukan buka aib bapa.

DI SEBALIK karakter ceria, siapa sangka pelakon Nadia Brian pernah membesar dalam persekitaran keluarga bermasalah sehingga berdepan trauma semasa masih kanak-kanak.

Menurut Nadia, 31, ketika itu dia melihat sendiri cabaran alam perkahwinan dilalui oleh orang tuanya, namun pengalaman hitam itu sama sekali tidak membuatkan dia membenci bapanya.

"Saya bukan nak buka aib keluarga tetapi ini adalah sebagai pengajaran terhadap isu gangguan mental. Malah, apa yang berlaku tidak membuatkan saya membenci bapa.

Nadia Brian tidak mahu buka aib bapa.

"Saya percaya apa yang berlaku ada hikmah. Lagipun itu kejadian lama, saya pandang positif. Buat apa nak susah hati perkara lepas. Dalam hidup ini satu saja yang saya mahukan iaitu ketenangan.

"Tenang itu mahal. Bila tenang nak buat apa kerja pun boleh," katanya kepada mStar.

Nadia berkongsi mengenai perkara itu semasa sidang media filem Eva yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian tak serik berpakaian seksi, netizen 'hidung belang' rancak tinggal komen nakal

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian harap tiada diskriminasi terhadap golongan janda

Dalam pada itu, Nadia berkata perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk membuka pekung ibu bapanya tetapi kerana mahu memberikan pengajaran kepada orang ramai.

Ini kerana isu keganasan rumah tangga boleh memberikan kesan kepada tumbesaran dan perjalanan hidup anak-anak.

"Mak saya pernah menderita akibat keganasan rumah tangga selama 14 tahun dan dalam tempoh itu mak saya pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Saya akui secara tak langsung turut terkesan trauma disebabkan masalah rumah tangga ibu bapa.

NADIA BRIAN

PELAKON

"Malah kejadian yang berlaku, pernah dipaparkan dalam sebuah program televisyen serta menarik perhatian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial pada tahun 90-an iaitu Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar.

"Saya akui secara tak langsung turut terkesan trauma disebabkan masalah rumah tangga ibu bapa dan tidak tahu sebenarnya saya mengalami masalah kesihatan mental ketika itu," katanya lagi.

Mengambil pengajaran daripada pengalaman hidupnya, Nadia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai menerusi filem Eva yang turut mengangkat tema kesihatan mental.

317023294_104483062451446_6478230197409670761_n

Nadia Brian ingin didik masyarakat tentang kesihatan mental.

"Sebagai pelakon saya percaya kita boleh memainkan peranan dalam mendidik masyarakat terhadap isu kesihatan mental. Lagipun nakshah ini sarat dengan mesej positif mengenai isu ini.

"Industri seni juga kehausan cerita yang berilmiah dan bermanfaat," ujarnya.

Bercakap mengenai filem Eva, Nadia memegang watak doktor psikologi bernama Elly.

Filem terbitan D’ Alphalegacy Sdn Bhd dan arahan Suhaiza Aziz ini bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Januari ini.

Selain Nadia Brian, filem ini turut dibintangi oleh Nadia Aqilah, Shamsul Danish, Datuk Jaluddin Hasaan, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Tony Eusoff.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain