suria

“Apa guna janji kalau berakhir curang” - Janna Nick ulas definisi cinta secara live, netizen kata ‘deep’ dan berani!

Definisi cinta daripada Janna di pentas Famili Duo dapat sokongan ramai.

TINDAKAN pelakon Janna Nick memberikan pandangannya mengenai definisi cinta semasa mengacarakan program nyanyian Famili Duo menarik perhatian netizen di media sosial.

Ulasan spontan Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, yang dibuat secara langsung itu dilihat seolah-olah berkaitan rakan baiknya iaitu Puteri Sarah Liyana yang sedang berdepan kemelut rumah tangga dengan suami Syamsul Yusof.

Janna mengulas mengenai perkara itu selepas menerima pertanyaan dari rakan pengacara iaitu Sean Lee tentang definisi erti cinta bersesuaian tema pada minggu itu.

Janna emosi ketika definiskan cinta semasa di Famili Duo.

"Cinta itu satu perasaan yang agung tapi apa guna cinta... apa guna segala janji manis kalau segalanya berakhir dengan satu kecurangan," katanya spontan.

Sejurus meluahkan pandangan itu, Janna menerima sorakan dan tepukan daripada penonton yang hadir secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Malah tindakan berani Janna itu turut menerima pujian netizen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan selebriti tunjuk sokongan kepada Puteri Sarah, Janna Nick pula ajak boikot Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kata badan berisi punca kena tinggal dengan Dini Schatzmann, Janna Nick minta tempoh seminggu kuruskan badan

"Kali ini kami sokong Janna, macam mengena betul kata-kata dia.

"Sebiji dia perli orang itu, Sean pun hilang kata-kata nak balas balik.

"Bukan main berani lagi Janna ya. Secara live dia bagi," antara komen netizen.

Ungkapan Janna dapat sokongan dan sorakkan netizen.

Sebelum ini, Janna lantang mempertahankan Puteri Sarah dan mengajak orang ramai memboikot dan melaporkan Instagram pengarah berkenaan rentetan isu rumah tangga.

"Saya benci dia sebab tu saya report akuan dia. Jom sama-sama report dan boikot," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain