suria

Peminat dakwa Amir Ahnaf buat wajah jengkel tolak bergambar, berubah sikap sejak popular

Amir didakwa bersikap sombong terhadap peminat.

KEMUNCULAN pelakon Amir Ahnaf menerusi konsert Big Stage 2023 minggu kelima pada Ahad lalu menjadi perhatian peminat yang teruja dengan penampilannya sebagai Presiden Netizen program berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 21, tercalar dengan insiden dia didakwa bersikap sombong terhadap peminat ingin bergambar dengannya selepas program selesai berlangsung.

Seorang pengguna TikTok menggunakan nama @nezuko.hamari meluahkan rasa kesal terhadap sikap acuh tak acuh pelakon drama Projek High Council itu terhadap peminat yang setia menyokong karier seninya.

Berkongsi kisah bertemu Amir itu, peminat itu mendakwa cubaan memanggil nama pelakon itu tidak diendahkan malah memberi ekspresi jengkel dan memalingkan wajah apabila disapa.

amir1 - 1

Luahan yang dibuat peminat berkenaan di TikTok.

Malah cubaan meminta izin daripada pengawal peribadinya untuk bergambar dengan Amir juga tidak dilayan dengan alasan pelakon itu kepenatan.

"Saya panggil nama dia tapi dia buat tak tahu. Saya masih fikir baik lagi, mungkin dia tak dengar.

"Saya dan dua orang rakan berdiri depan pengawal peribadinya dan tiada siapa-sapa di situ. Saya cakap baik-baik, 'boleh tak nak ambil satu saja gambar dengan Amir?'

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam impak watak Kahar! Nampak ganas tapi rupanya Amir Ahnaf dulu selalu kena buli

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cuba pelbagai watak, peminat boleh tonton sisi komedi Amir Ahnaf dalam 'Scammer Geng Marhaban'

"Kedua-dua mereka tidak pedulikan saya tetapi salah seorang bodyguard, saya tanya dengan baik tapi dia cakap tidak boleh kerana Amir penat.

"Kawan saya panggil dia hanya pandang dengan wajah jengkel dan palingkan muka," katanya.

Dalam pada itu, peminat berkenaan berkata, dia faham sekiranya Amir kepenatan namun sikap aktor itu tidak mempedulikan peminat tak sepatutnya berlaku.

Malah dakwanya, tiada sebarang ucap maaf atau senyuman daripada Amir sekalipun dia menolak permintaan untuk bergambar.

"Dia tidak cakap maaf atau setidaknya senyum. Kami akan hargai sekiranya dia mohon maaf atau senyum.

"Keluar dari lif lobi, masuk terus kereta dan dia tahu kami ada ditepi. Dia buat tak tahu dan tak pandang terus. Kami faham dia penat, tapi kita bukan nak bersembang hanya satu gambar," katanya.

Disebabkan insiden itu, pandangannya terhadap Amir turut berubah dan merasakan pelakon itu hanya berpura-pura dihadapan kamera dan tidak seperti apa digambarkan sebelum ini.

"Sekarang saya baru the real Amir yang orang tak habis-habis puja, konon 'cinta hati' dan itu semua hanya palsu sebab depan kamera.

"Saya harap saya rekod situasi itu jadi semua orang boleh tahu the real Amir Ahnaf," ujarnya.

amir2 - 1

Amir meraih populariti luar biasa sejak muncul dalam Projek High Council.

Pun begitu, dia turut berharap selepas ini Amir lebih menghargai penyokongnya kerana tanpa peminat dia tidak akan berada ditahap sekarang.

"Dia bertuah kerana kami tiada rekod sikap buruknya. Tak sampai setahun jagung popular dah sombong macam itu.

"Amir sepatutnya menghargai peminat kerana tanpa peminat dia tidak ada apa-apa pun," jelasnya.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan penjelasan Amir berhubung insiden berkenaan tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain