suria

Sakan bergelek dengan Baby Shima, netizen tanya mana hilangnya taubat Aliff Syukri 

Video yang dikongsi Aliff sekali lagi mengundang kecaman.

BAGAIKAN tak pernah serik, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila memuat naik video bergelek bersama penyanyi Baby Shima.

Netizen bagaimanapun kembali mengingatkan Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, tentang luahannya sebelum ini yang mahu bertaubat dan mula berfikir tentang kematian.

Malah ada juga yang meluahkan rasa kesal dan kasihan terhadap isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida yang sering terkena tempias gara-gara perbuatan suaminya itu.

aliff syukri 2

Isteri Aliff turut terkena tempias kecaman.

“Hari itu macam menyesal, fikir nak mati. Sekarang tak jadi mati ke macam mana ni?

“Datuk ni tak ingat-ingat lagi bertaubat. Jadilah usahawan yang terbaik. Tak kesian ke kepada isteri dan maruah anak-anak nanti diejek kawan-kawan sekolah.

“Bila sakit minta maaf cakap nak taubat. Dah sihat jadi macam ini pula. Hilang dah taubatnya,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri takut dengan kematian... sudah kurang bersosial, mula solat jemaah bersama keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya panaslah awak” - Payung diri sendiri bukan isteri dan anak, netizen kata Aliff Syukri tak romantik

Dalam masa sama sesetengah pihak merasakan sudah mula benci dengan kontroversi yang sengaja dicipta oleh Aliff untuk meraih perhatian ramai.

Aliff dan Shima sebelum ini pernah dikatakan bermasam muka namun kembali berbaik dan tampil dalam sebuah lagu bersama.

aliff syukri 3

Aliff sebelum ini pernah meluahkan rasa takut dengan kematian.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya itu Aliff memberitahu dia dan Shima sekali lagi akan berkolaborasi dan bertanyakan pendapat peminat tentang kerjasama mereka.

“Ada yang nak kami bergabung buat lagu baru? Ada yang tak sabar?” tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain