suria

“Ia tiada kaitan dengan anda”… Kasih Leona ‘sound’ netizen sibuk kecam isu pakaian, minta fokus hal lain

Leona mohon netizen tidak ikut campur urusannya.

SERING dikritik kerana penampilannya, personaliti media sosial iaitu Kasih Iris Leona meminta netizen untuk berhenti daripada mencampuri urusan hidupnya itu.

Kata Leona, 21, setiap pakaian yang digayakan adalah atas pilihannya sendiri dan tiada kena mengena dengan orang ramai.

Malah, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu juga meminta netizen untuk menyekat media sosialnya jika tidak mahu melihat setiap tingkah lakunya.

leona1 - 1

Luahan Leona di laman Twitter.

"Apa yang saya pakai tidak ada kena mengena dengan orang lain. Ini pilihan dan hal saya, tiada kena mengena dengan anda.

"Sekiranya anda tidak suka melihat apa yang saya lakukan, jangan lihat. Block saja saya," katanya.

Leona berkongsi perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman lega Leona sudah padam video berbikini, harap anak belajar daripada kesilapan

ARTIKEL BERKAITAN: Kebebasan bukan bererti liar, anak Azhar Sulaiman tak alami kejutan budaya tinggal di luar negara

Leona turut meminta orang ramai untuk tidak lagi bercakap mengenai pemakaiannya dan memberikan fokus kepada hal yang lebih penting.

"Tolong berhenti ambil tahu tentang pakaian saya. Banyak lagi hal yang lebih penting untuk anda fokus.

"Saya tidak peduli dengan pendapat anda tentang tubuh badan saya, jadi berhenti meninggalkan komen-komen yang tidak penting," ujarnya.

Dalam perkongsian lain, Leona turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia berhibur di kelab malam.

Kata Leona, dia tidak memuat naik video di kelab malam, sebaliknya hanya menghadiri acara anjuran pihak universiti.

"Tolong jangan sebarkan berita palsu. Saya tidak memuat naik video di kelab malam.

leona2 - 1

Leona mohon netizen beri komen negatif.

"Saya hanya menghadiri acara Summer Ball di universiti saya," katanya.

Sebelum ini, Leona menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar dan video dia bersama rakan-rakan bersantai di taman rekreasi air terjun di Warleigh Weir, United Kingdom.

Netizen memberi kecaman terhadap pemakaian Leona yang hanya mengenakan bikini berwarna putih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain