suria

Mahu cuba pelbagai watak, peminat boleh tonton sisi komedi Amir Ahnaf dalam ‘Scammer Geng Marhaban’

Amir bakal muncul dengan drama terbaharu.

SELEPAS membuat penampilan pertama dalam drama Project: High Council, pelakon Amir Ahnaf bakal membintangi siri komedi yang berjudul Scammer Geng Marhaban.

Amir atau Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 21, dia sememangnya mengimpikan untuk membawa watak-watak berbeza untuk memberi variasi dalam seni lakonannya.

Amir turut berkongsi antara cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang menjalani penggambaran yang dilakukan di Sekinchan, Kuala Selangor selama 17 hari.

amir2 - 1

Amir mahu membawa karakter berbeza dalam drama.

"Selepas kemunculan saya dalam Project: High Council saya mengimpikan watak-watak berbeza yang mampu menampilkan sisi berbeza dan percaya watak Aidil adalah salah satu daripadanya.

"Scammer Geng Marhaban ini bagi saya cabarannya adalah berlakon ketika waktu berpuasa.

Drama tersebut mengisahkan tentang dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam impak watak Kahar! Nampak ganas tapi rupanya Amir Ahnaf dulu selalu kena buli

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dipuji tapi ramai tak tahu Mierul Aiman hampir tolak watak Ronaldo dalam 'Imam Instant Ustazah Scammer'

Namun, apabila ibu mereka iaitu Quyah telah terjerat dalam kegiatan scam ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Adib dan Aidil cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.

"Ditambah pula watak saya iaitu Aidil seorang yang sangat ceria dan aktif, memang banyak menggunakan pergerakan," katanya.

Dalam pada itu, Amir berkata dia berbangga kerana menjadi sebahagian pelakon yang terlibat dalam drama tersebut dan berharap agar drama lakonan terbaharunya ini bakal mencuit hati penonton.

amir1 - 1

Amir bakal muncul dengan drama komedi.

"Secara jujurnya saya sendiri seronok dapat menjadi sebahagian daripada Scammer Geng Marhaban, dengan cerita yang mencuit hati ini saya harap dapat menceriakan anda,” ujarnya.

Selain Amir, drama ini juga turut dibintangi wajah-wajah baharu termasuk pempengaruh media sosial terkenali Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled, serta pelakon berpengalaman seperti Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem.

Scammer Geng Marhaban akan disiarkan bermula 4 Mei di Astro Ria pada setiap hari Khamis pukul 11 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain