suria

Zulin Aziz kembali berbaik dengan suami, putus asa hadapi kemelut punca berpisah

Zulin dan suami mahu perbaiki rumah tangga.

SELEPAS memberi bayangan sudah berpisah Isnin lalu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengesahkan hubungannya dan suami Farhan Norzaini sudah kembali pulih.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, apa yang berlaku adalah ujian buat mereka dan mahu memberi peluang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan lebih baik.

zulin 2

Zulin dan Farhan kini kembali bersama.

"Berkat doa semua. Kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik daripada sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.

"Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmahnya sangat indah," katanya.

Zulin berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKIATAN: Zulin Aziz beri bayangan sudah cerai selepas setahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Mental saya dah cukup koyak” - Zulin Aziz enggan buka pekung, kisah cerai bukan gimik

Dalam pada itu, Zulin memberitahu keputusan yang dibuat sebelum ini secara tiba-tiba kerana masing-masing berputus asa berdepan kemelut.

Bagaimanapun Zulin tetap dengan pendirian untuk tidak mendedakan masalah yang berlaku di antara mereka.

Berkat doa semua. Kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik daripada sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang

ZULIN AZIZ

PELAKON/PENGACARA

"Tak pernah sekali pun kongsi apa-apa fasal masalah rumah tangga. Keadaan sebelum ini pun baik-baik sahaja. Seperti yang dilihat memang tiba-tiba.

"Dalam pada kami berdua putus asa, masing-masing ambil keputusan untuk berpisah," jelasnya.

zulin 3

Zulin baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pada Februari lalu.

Zulin sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia dan suami sudah berpisah hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2023 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain