suria

Mahkamah Singapura perintah suspek serang Kamal Adli jalani ujian psikiatri 2 minggu 

Cota yang menjadi alat ketika menyerang Kamal Adli.

MAHKAMAH Singapura pada Selasa memerintahkan lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Hakim Terence Tay membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan permohonan pihak pendakwa raya yang meminta tertuduh menjalani pemeriksaan mental.

Tertuduh dikenali sebagai Muhammad Nabil Rasid akan direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri.

AFIN3087

Kamal Adli luka diserang menggunakan cota.

Kes berkenaan akan disambung semula pada 28 Mac ini.

Tertuduh didakwa atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan menggunakan senjata berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli sudah sedar, Uqasha Senrose perjelas kekeliruan suami ditidurkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hayun berkali-kali di belakang kepala” - Uqasha Senrose cerita detik cemas Kamal Adli dipukul, pelaku dakwa dihantar pihak lain

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau kedua-duanya sekali.

Pada malam Ahad lalu, Muhammad Nabil didakwa menyerang Kamal, 37, menggunakan cota sehingga menyebabkan aktor berkenaan mengalami luka sedalam tiga sentimeter dan menerima empat jahitan pada bahagian kulit kepala.

Polis turut merampas senjata digunakan sebagai bukti kes dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain