suria

“Saya tak pernah janji bulan dan bintang... kalau betul boleh tuntut di mahkamah” - Aliff Syukri yakin ada pihak ‘cucuk’ Wani Comel

Aliff Syukri nafi perdaya Wani Comel.

ISU pendedahan seorang gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel berhubung ditipu usahawan kosmetik bagi melariskan ubat kurus terus berpanjangan apabila Datuk Seri Aliff Syukri tampil menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Aliff, 33, berkata, dia tidak pernah menabur janji manis kepada Wani dan segala tuntutan gadis itu pada dasarnya tidak pernah dinyatakan dalam kontrak yang ditandatangani kedua-dua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Diarah ‘potong usus’ agar ubat langsing terjual... Wani Comel tanggung derita diperdaya usahawan kosmetik terkenal

ARTIKEL BERKAITAN: “Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki... awak nak harap duit bantuan sampai bila?” - Aliff Syukri

“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, untuk makluman saya ada mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis lain.

“Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu dirinya (Wani) berjalan semula yang sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.

“Sebenarnya saya memang tidak pernah menjanjikan kereta, rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,” katanya kepada mStar.

Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu dia berjalan semula.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Penyanyi lagu Cuba Bahagia ini mengadakan sidang media di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Selangor pada Isnin.

Sementara itu, Aliff tidak menolak ada pihak yang cuba menjatuhkan dia dan perniagaannya dengan membangkitkan isu tersebut.

Enggan isu ini terus memburukkan nama dan jenama perniagaannya, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakan yang akan dibua, ketika ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu berkenaan saman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,” ujarnya.



Wani kecewa nasib sebagai duta produk kurus tidak terbela.

Pada Jumaat lalu, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Menerusi kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram, Aliff menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain