suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon veteran Noor Azizah meninggal dunia

Allahyarham menghembuskan nafas pada usia 79 tahun.

PELAKON veteran Datin Noor Azizah Azizul Hassan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira pukul 3 pagi Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kampung Sungai Rapat, Ipoh, Perak pada usia 79 tahun.

Khabar duka itu disahkan oleh anaknya yang dikenali sebagai Khairena.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Perak.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh sekitar pukul 2.50 petang hari sama.

Allahyarham Noor Azizah memulakan kerjaya seninya pada 1965 menerusi filem Dayang Senandong.

Namun namanya mula dikenali ramai menerusi filem Enam Jahanam arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1969.

Antara filem lakonannya yang lain adalah Jangan Tinggal Daku, Kembang Layu, Durjana, Di Belakang Tabir, Perintah Sri Paduka, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh, Sayang Anakku Sayang, Cinta dan Lagu serta Pendekar.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap Nico meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Roslan Saleh meninggal dunia

Allahyarham juga melebarkan sayapnya ke luar negara dengan membintangi beberapa filem terbitan Indonesia iaitu Malin Kundang pada 1971 dan bergandingan dengan Rano Karno.

Selain turut pernah membintangi produksi lain menerusi drama bersiri Australia berjudul Bailey Bird.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain