USAHA pelakon Anzalna Nasir berkongsi nombor akaun seorang wanita yang dalam kepayahan membuahkan hasil apabila berjaya menarik perhatian orang ramai tampil membantu.
Menerusi mesej di hantar kepada Anzalna, wanita berkenaan terkejut apabila melihat angka RM10,000 dalam akaun simpanannya.
“Akak (panggilan Anzalna), Alhamdulillah banyak betul dah masuk RM10,000. Menggigil tangan ini kak. Masya-Allah,” katanya dalam mesej kepada aktres berkenaan.
Anzalna terharu dengan bantuan yang diberikan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut bertanya kepada Anzalna sama ada dia boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah kereta.
“Duit ini boleh ke saya beli kereta? Bergetar tangan dan kaki dapat sebanyak ini,” katanya lagi.
Anzalna turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana keprihatinan terhadap golongan memerlukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan kisah penjual kuih raya, Anzalna menangis tengok sekeluarga bonceng motosikal
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna mudah kasihan dengar cerita sedih, 5 tahun tunggu kawan-kawan bayar hutang – “Mungkin sudah meninggal kot”
Kongsi Anzalna, dia bagaimanapun terpaksa memadam butiran akaun keluarga tersebut atas faktor keselamatan.
“Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin. Sekejap sahaja letak nombor akaun, Alhamdulillah kita semua berjaya membantu keluarga yang memerlukan.
“Insya-Allah semoga urusan mereka dipermudahkan dan Allah permudahkan urusan kita juga.
“Atas nasihat dan demi keselamatan, saya terpaksa padam nombor akaun,” ujarnya.
Anzalna sebelum ini tersentuh lihat sekeluarga jual kuih dijalanan.
Sebelum ini, Anzalna berkongsi kisah sedih apabila bertemu sebuah keluarga mencari rezeki dengan menjual kuih raya untuk merawat ibunya yang sakit.
Cerita Anzalna, dia sempat membawa keluarga berkenaan membeli barang keperluan hari raya sebelum mengajak mereka pulang ke rumahnya untuk berbuka bersama.
Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila suami wanita itu datang menjemputnya dengan menaiki motosikal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!