BUSANA putih digayakan pelakon Siti Saleha ketika majlis pernikahannya pada 15 Februari lalu rupanya adalah hasil rekaan suaminya yang juga pereka fesyen iaitu Joshua Fitton.
Siti Saleha Mohd Baharum, 35, memberitahu rekaan tersebut mengambil pelbagai inspirasi yang juga menepati jenama milik Joshua iaitu Atelier Fitton.
Apa lebih menarik, pakaian itu menggabungkan beberapa rekaan tradisional dan moden menggunakan benang sutera.
Rekaan baju Saleha dan suami ada cerita tersendiri.
"Suami saya yang mereka baju pernikahan kami.
"Diperbuat daripada tenunan benang sutera, pakaian saya merupakan gabunban baju kurung, baju Melayu dan kemeja klasik yang cukup dikenali dengan jenama Atelier Fitton.
"Untuk kain pula, pario yang diperbuat daripada sutera Thailand," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha kembali bertemu jodoh, sah bergelar isteri pereka fesyen Joshua Fitton
ARTIKEL BERKAITAN: Terpancar wajah bahagia, Siti Saleha mengaku sudah bertunang dengan Joshua Fitton
Saleha berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Selesa sebagai tanda penghargaan buat suami atas rekaan tersebut.
Bercerita lanjut, baju Melayu yang dipakai oleh Joshua pula merupakan inspirasi pakaian lelaki masyarakat Jawa.
"Bajunya pula adalah interpretasi pakaian tradisional Jawa diperbuat daripada sutera dan digandingkan dengan samping yang juga menggunakan sutera sama seperti kain saya.
Saleha manis di hari bahagianya.
"Terima kasih suamiku, saya cinta kamu," luahnya.
Pasangan ini bernikah pada 15 Februari lalu bertempat di Janda Baik, Pahang.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Saleha selepas bercerai dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Januari 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!