ISTERI pelawak Shuk Sahar seakan-akan tidak peduli dengan kata-kata netizen yang menganggap masalah rumah tangga dihadapinya ketika ini sebagai kifarah atas perbuatannya pada masa lalu.
Fara, 35, sebaliknya bersyukur dengan dugaan kerana segala perbuatannya dibalas semasa dia masih hidup dan dapat meringankan beban di akhirat kelak.
"Kifarah? Alhamdulillah... Karma? Alhamdulillah... Ujian? Alhamdulillah.
Luahan hati Fara dipercayai selepas menerima kecaman netizen.
"Alhamdulillah balasan saya dekat dunia, insya-Allah ringan dekat akhirat," katanya.
Fara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.
Malah Fara juga berpendapat, masalah rumah tangga yang dialami ketika ini adalah tanda ingatan Allah SWT kepada dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja”
"Ujian? Alhamdulillah sekurangnya Allah perhatian pada saya. Ingat saya... Alhamdulillah," luahnya.
Pada Selasa, Fara tiba-tiba 'meletus' apabila mendakwa suaminya, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Kata Fara, Shuk langsung tidak melawatnya sepanjang dia berada di hospital selain kerap menerima provokasi daripada suaminya itu.
Hantaran Fara sebelum ini yang mendakwa suaminya gagal laksanakan tanggungjawab sebagai suami.
Pada 2024, Fara mengaku ada meminta cerai daripada Shuk kerana tidak tahan dengan perangai pelawak berkenaan.
Namun mereka kemudiannya kembali berbaik.
Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Fara dipercayai sedang hamil anak pertama.
Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Ketika itu kecoh nama Fara dikatakan sebagai punca keretakan rumah tangga di antara Rossa dan Shuk.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!