suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami

Fara memberitahu dia sudah bersedia hidup tanpa suami disisi.

ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh bengang terhadap suaminya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Menurut Fara, selama berada di hospital Shuk sama sekali tidak pernah melawat, malah dia mendedahkan sering menerima provokasi daripada suaminya itu.

"Tak pernah nampak batang hidup selama saya masuk wad, tak tanya khabar.

"Berhenti buat provokasi menggunakan telefon orang gaji, saya sudah lama diam dan pendam. 

NP_-_2025-02-18T205112.537

Fara dedah keburukkan Shuk ketika dia sedang hamil.

"Awak tak nak tanggungjawab awak diam, sepatutnya beri sokongan mental bukannya tengking dan bentak saya," katanya.

Fara mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Selasa.

Bercakap mengenai pengabaian tanggungjawab, Fara reda untuk mencari pendapatan sendiri jika Shuk enggan menyalurkan duit buat keperluan anak dan bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja” 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas didiagnos ada masalah jantung, Fara Salleh terkejut rupanya sedang hamil 2 bulan... “Tak tahu nak gembira ke apa”

Tidak gentar kehilangan suami, dedah Fara ketika mereka bercuti bersama di Paris Shuk telah menghina anak yang berada dalam rahimnya.

"Insya-Allah saya boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti. Masa di Paris pun awak hina saya.

"Saya tak takut hilang awak, berseronoklah hidup dengan kawan-kawan ya," jelasnya.

Saya tak takut hilang awak, berseronoklah hidup dengan kawan-kawan ya.

FARA SALLEH

ISTERI SHUK SAHAR

Sementara itu, Fara juga memberi bayangan akan membawa perkara ini ke mahkamah tidak lama lagi.

"Mohon beri kerjasama dekat mahkamah nanti," ujarnya.

Usaha mStar cuba mendapatkan kenyataan Fara berhubung perkara berkenaan gagal selepas panggilan dibuat tidak dijawab.

NP_-_2025-02-18T205046.837

Fara dedah Shuk menghinanya.

Tahun lalu Fara mengaku ada meminta cerai daripada Shuk kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.

Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain