suria

Nabila Razali mudah menangis sejak bergelar ibu, tak boleh tengok video sedih

Nabila akui kini jadi lebih emosi dan sensitif.

SEJAK bergelar seorang ibu, penyanyi Nabila Razali mudah tersentuh apabila melihat video memaparkan kepayahan insan kurang bernasib baik.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata, dia tidak dapat menahan sebak dan mudah menangis mengenangkan nasib menimpa golongan ini termasuk membabitkan kanak-kanak.

“Sejak kebelakangan ini, Bella (panggilan Nabila) sangat sensitif. Emosi. Mudah tersentuh dan menangis.

Nabila tersentuh melihat video tular sepasang suami isteri OKU di media sosial.

Nabila tersentuh melihat video tular sepasang suami isteri OKU di media sosial.

“Lebih-lebih lagi lalu video yang berkaitan hal anak, isu buli, orang kurang upaya, semualah," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam hantaran itu, Bella turut memuat naik semula video memaparkan sepasang suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang memangku dan menguruskan anak mereka ketika menaiki pengangkutan awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali selamat bersalin anak pertama, kelahiran cahaya mata hadiah paling bermakna

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tetap kerja walau sarat mengandung, gemuruh menanti kelahiran anak pertama

Difahamkan, pasangan OKU itu keluar mencari rezeki kerana di sisi bawah tempat duduk mereka kelihatan sebuah pembesar suara.

Tidak kuat melihat kesusahan yang dialami pasangan OKU tersebut, Nabila mendoakan agar dia menjadi seorang insan yang bersyukur dan berharap agar individu yang ditimpa ujian diberikan kekuatan.

"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersyukur dengan nikmatMu. Semoga saudaraku di luar sana yang dalam kesusahan, dilanda ujian terus kuat.

nabila2 - 1

Nabila baharu sahaja melahirkan anak lelaki pada 23 Disember lalu.

"Bella doakan agar dipermudahkan segala urusan mereka di dunia dan di akhirat," ujarnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 23 Disember lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain