suria

“Tak pernah rasa sakit macam ini” - Ain Edruce keguguran, impian timang anak kedua tidak kesampaian

Ain kongsi gembira dan sedih dalam satu video yang sama.

HASRAT pengacara Ain Edruce memiliki cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran, baru-baru ini.

Kata Ain atau NurulAin Edruce, 33, dia mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

"Betullah orang cakap sakit gugur itu lagi sakit dari bersalin. Waktu ini aku pendarahan tak berhenti. Dari rumah sampai kecemasan.

ain e 2

Ain dan suami awalnya teruja bakal timang cahaya mata kedua.

"Tak pernah aku rasa sakit macam ini dalam hidup aku. Ubat tahan sakit paling kuat pun tak dapat lawan betapa sakitnya aku masa ini," katanya.

Ain berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi Isnin.

Dalam video tersebut, Ain berkongsi kegembiraan bersama suami dan keluarga selepas disahkan hamil.

Namun pada penghujung video, Ain menunjukkan keadaan dirinya menerima rawatan di hospital kerana keguguran.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak diserang sawan, Ain Edruce tinggalkan set Melodi selepas dapat panggilan kecemasan

ARTIKEL BERKAITAN: “Maksud saya kiss dahi!” - Ain Edruce geram netizen kecam buat perangai di majlis kahwin Janna Nick

Menurut Ain, sepanjang awal kehamilan itu, anak sulungnya iaitu Soraya paling teruja menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Malah Soraya turut menangis apabila diberitahu kehilangan adik dalam kandungan.

"Soraya paling gembira asyik cium perut aku.

ain e3

Ain dan Soraya menangis selepas keguguran.

"Masa ini aku beritahu Soraya tak ada lagi adik baby. Kita orang dua-dua menangis.

"Soraya cakap dekat aku tak apa nanti Allah bagi adik baru," kongsinya.

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz Mustaffa pada 2019 dan memiliki cahaya mata yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain