suria

Tak sedar alami ‘missed miscarriage’, doktor maklum degupan jantung janin sudah tiada ketika buat imbasan

Hannah tidak mampu menahan sebak mengingatkan kenangan hamil.

PELAKON Hannah Delisha tidak menyedari dia mengalami keguguran kerana tidak menunjukkan sebarang simptom ketika kandungannya memasuki usia tiga bulan.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, menjelaskan keguguran dialaminya dikelasifikasikan sebagai 'missed miscarriage' dan hanya mengetahui janin dalam kandungannya sudah 'tiada' apabila melakukan imbasan di hospital.

"Waktu gugur itu bayu dalam kandungan saya berusia tiga bulan.

"Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit... Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage," katanya kepada mStar.

hannah 3

Hannah dan suami Iman Shah reda belum ada rezeki timang cahaya mata.

Hannah berkongsi perkara itu ketika hadir ke program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor pada petang Sabtu.

Gagal menahan air mata bercerita mengenai keguguranya, Hannah dimaklumkan janin dalam kandungannya sudah tidak bernyawa ketika usianya lapan minggu.

Katanya, dia dan suami Iman Shah pergi melakukan imbasan ketika kandungannya masuk minggu 13 namun doktor memaklumkan janinnya sudah tiada degupan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha keguguran... “Jumpa di syurga nanti sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hannah Delisha dan suami merancang, belum bersedia timang cahaya mata... “Jaga anak bukan macam bela kucing”

"Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.

"Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.

"Doktor menjangkakan bayi saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan. Apa membuatkan saya down, rupanya sudah sebulan bayi saya sudah tidak bernyawa," jelasnya.

Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit.

HANNAH DELISHA

PELAKON

Dalam pada itu, Hannah berkata, kejadian itu membuatkan dia berasa trauma kerana hanya dalam beberapa minit, perasaan bahagia menanti zuriat berubah menjadi sedih apabila cahaya mata dinanti-nantikan sudah tiada.

Bagaimanapun katanya, keadaannya sekarang sudah bertambah baik namun masih menjalani pantang dan akan melakukan pemeriksaan semula pada Ahad sebelum pulang ke Singapura.

"Selepas mendapat tahu keguguran, saya terus melakukan pembedahan dilation and curettage bagi mengeluarkan janin.

Untitled design (3)

Hannah masih dalam tempoh berpantang.

"Kejadian itu memang membuatkan saya trauma tetapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih dan masih berpantang.

Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah pada tahun 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang diraikan secara sederhana di Singapura.

Dalam perkembangan lain, selain Hannah artis seperti Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar turut menghadiri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang kali ini.

Program tersebut juga merupakan kerjasama Bulan Bintang bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain