suria

Ramai kurang senang Shila Amzah kongsi tak puasa, rupanya ada masalah tekanan darah rendah dan thalasemia

Netizen minta Shila cuba berpuasa walaupun miliki tekanan darah rendah.

PERKONGSIAN penyanyi Shila Amzah yang mendedahkan dia tidak berpuasa sepanjang Ramadan tahun ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menjelaskan kekeliruan itu, Shila atau Norshahila Amir Amzah, 34, berkata setiap wanita hamil mempunyai keupayaan dan masalah berbeza sehingga menggangu keupayaan berpuasa.

Shila yang sedang sarat mengandung lapan bulan memberitahu selain masalah tekanan darah rendah dia juga pembawa thalasemia.

shila 3

Shila akui tidak dapat berpuasa pada Ramadan kali ini.

“Saya pembawa thalasemia jadi masalah tekanan darah rendah memang tak dapat dielakkan.

“Jadi jangan kata awak ada masalah tekanan darah rendah boleh berpuasa.

“Badan orang lain-lain, lagipun saya mengandung. Allahu mana nak sama, betul tak? Saya memang malas layan golongan ‘baik beli’ dan ‘terpaling’ ini,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis hampir setiap hari, Shila Amzah sampai tak boleh bangun daripada katil akibat ‘morning sickness’

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah cemas rasa sakit ketika ke bazar Ramadan, bakal bersalin bulan Syawal

Shila memberitahu masalah tekanan darah rendah membuatkan dia kerap berasa pening dan ingin pitam.

Katanya, dia hampir pitam semasa ingin membeli barang keperluan di rumah walaupun mengambil ubat seperti dijadulkan.

"Tekanan darah rendah ini memang masalah... Jalan sikit pening, berdiri lama pun rasa pening.

“Ada satu hari saya nak beli barang keperluan dengan Ubai, Ya Allah nak pitam pula! Makan ubat semua sudag tapi itulah dugaan nak buat macam mana.

shila 2

Shila hampir pitam ketika membeli barang keperluan.

“Doakan saya dan baby selamat bersalin nanti, insya-Allah,” kongsinya.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023.

Sebelum itu, Shila juga pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain