suria

Selepas ditipu RM100,000, isteri Shuib dedah pula kena ‘scam’ RM20,000

Watie dipanggil pihak Polis berhubung isu scam pada tahun 2020.

ISTERI kepada pelawak Shuib dipanggil ke balai polis dipercayai bagi membantu siasatan kes penipuan dialaminya empat tahun lalu.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, dalam kejadian itu dia mendedahkan mengalami kerugian sebanyak RM20,000 akibat ditipu scammer.

Bagaimanapun Watie tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden itu sebaliknya meletakkan kesalahan ke atas diri sendiri kerana mudah terpedaya.

NP-79

Watie berkongsi laporan polis yang dibuat di Instagram Story miliknya.

"Saya kena panggil untuk kes scam tahun 2020. Yang ini saya kena scam RM20,000.

"Nampak sangat saya memang jenis cepat terpedaya," katanya.

Watie berkongsi perkara tersebut di Instagram Story miliknya pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib kena kecam dalam video live, anak tiri tampil ‘back up’ Watie Hanifiah - “Saya ini baran tau”

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah dah lama kenal Shuib sebelum pemergian Siti Sarah... Watie tunjuk bukti suami hantar DM mengurat

Menerusi perkongsian sama, Watie turut menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur.

Ini bukan kali pertama Watie menjadi mangsa scammer sebaliknya pada Januari lalu pernah berputih mata apabila wang miliknya sebanyak RM100,000 lesap akibat ditipu.

Kejadian itu berlaku ketika dia ingin ke China atas urusan perniagaan.

NP-80

Watie akui dirinya mudah diperdaya.

Ketika itu juga kata Wtie, akaun Instagram miliknya turut digantung dan menyifatkan bulan Januari sebagai tempoh paling mencabar buat dirinya.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain