suria

Fitnah dah lama kenal Shuib sebelum pemergian Siti Sarah… Watie tunjuk bukti suami hantar DM mengurat

Watie kongsi perbualan bersama Shuib untuk senyapkan netizen.

ISTERI kepada penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie menegaskan dia mula berkenalan dengan suaminya itu pada Disember 2021.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata mereka berkenal selepas Shuib bergelar duda dan bukannya semasa masih bersama isteri arwah Siti Sarah Raisuddin.

"Aiyoook, tanggunglah siapa yang fitnah itu.

"Kami tak pernah kenal pun. Dia tackle (mengurat) pun selepas dia menduda," katanya.

Shuibbb

Shuib mulakan pengenalan awal dengan Watie.

Watie berkongsi perkata itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa selepas mendapat pertanyaan pengikutnya di Instagram.

"Betul ke bercinta dengan Shuib masa Shuib masih lagi suami arwah Sarah?" soalnya.

Tidak hanya sekadar menjawab, Watie juga memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Shuib sewaktu awal perkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak tuduh isteri Shuib mandul, Watie Hanafiah tetap syukur ada 4 anak tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jadi isteri Shuib, Watie terima tawaran berlakon... “Awal-awal lagi suami tolak”

Dalam perbualan tersebut Shuib yang memulakan langkah untuk berkenalan selain meminta nombor telefon Watie.

Malah Shuib juga sempat mengusik bahawa Watie agak sukar untuk dihubungi.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain